Thursday, January 7, 2010

PENCIPTAAN NABI ADAM A.S

Bermulanya dari tanah maka terciptalah Adam A.S maka diikuti oleh Hawa maka terciptalah kejadian manusia sehingga ke hari ini....

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Wednesday, December 16, 2009

Hargailah Apa Yang Telah Kamu Miliki...^_*

Rumput dan Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!

Renung-renungkanlah .....

HOW TO BECOME MUSLIMAH WEAR....

Apakah pakaian kita benar2 berlandaskan syariat???




Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve). Sesetengahnya pula berbaju pendek/singkat hingga menampakkan seluar dalam, bentuk ‘V’ line dan lurah ‘bumper’ mereka.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)



Ciri-ciri pakaian Muslimah :
  1. Tudung mestilah labuh menutupi dada dan tidak jarang/nipis
  2. Baju mestilah labuh dan longgar
  3. Lengan baju panjang sehingga pergelangan tangan
  4. Kain/seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali (mata kaki)
  5. Kasut yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah)
  6. Memakai sarung kaki

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

9 sikap wanita yang menjadi perhatian lelaki...

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius
kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Friday, November 6, 2009

BuaTmU iBu.....dAri AnAkMu......

kasihmu tak mungkin kulupakan...
cuma kadang2 aku khayal dalam arus duniawi
taktala nasihatmu menjadi titisan hangat ditelingaku
taktala aku lupa akan nasihatmu...
berdosakah aku sebagai anakmu ibu...???
aku merintih...
menangis....
mengenang diri ini...
layakkah aku menjadi anakmu???
kau sentiasa mendoakan kesejahteraanku...
doamu tak pernah putus walau aku lena dalam tidurku...
solatmu sentiasa berakhir dengan doa untukku...
suara tawaku tak pernah hilang dari telingamu...
kasih sayangmu tak reput ditelan zaman...
namun anakmu ini sering lupa akan itu...
leka......
layakkah aku menjadi anakmu ibu...???
air mata ini menitis taktala aku terkenangkanmu ibu...
kasihmu sungguh murni tak terbanding kasihku untukmu...
layakkah aku dipanggil anakmu....???
taktala aku bersedih, kau sentiasa disisi,
menenangkan puterimu ini....
taktala aku menangis,
meratapi kehilangan barang permainanku,
kau sentiasa disisi memujukku...
taktala aku memberontak inginkan sesuatu,
tanganmu pantas mencarinya untukku....
mampukah aku melakukan semua ini taktala kau pula memerlukan..???
jika tidak...layakkah aku menjadi anakmu ibu...???

ibu...
mengapa nasibmu sebegini...???
mendapat anak sepertiku....???
layakkah aku dipanggil anakmu ibu...???
ibu,
sudikah kau menerima anakmu ini....???
kusesali diri ini...
semakin melupakanmu...
layakkah aku dipanggil anakmu,ibu...???
kata-katamu sering menenangkan aku suatu ketika dahulu...
menyejukkan hati yang sedang gundah gulana...
memadamkan api yang sedang marak menyala...
menyapu air mata yang berlinang dipipiku...

kini,
taktala aku telah dewasa....
aku mula lupa akan kata-katamu...
nasihatmu kulempar...
kasihmu kubiar terapung dilautan...
panggilanmu kusahut dengan amarah....

ibuuuuuu....
layakkah aku dipanggil anakmu......???
maafkanlah anakmu ini....
maafkan dosa anakmu ini....
aku tak mahu digelar si tanggang....
disumpah menjadi batu kerana derhaka....
derhakakah anakmu ibu...???
ku sujud mohon ampun darimu ibu....
syukur ku panjatkan kerana masih berpeluang menemuimu lagi...
syukur ku kuucapkan kerana aku masih berpeluang memelukmu lagi...
syukur ku lafazkan kerana aku masih berpeluang merasa kasih sayangmu lagi....
namun layakkah aku mnejadi anakmu ibu...???
kasihmu sungguh suci...
sayangmu sungguh murni....
nasihatmu amat bererti...

ya Allah....
kau tetapkanlah aku dijalanmu....
agar ku tak lupa asal usulku...
moga ku tak lupa siapa yang membesarkanku...
moga dirimu ibu kan kekal dihatiku...

ibu...
akan ku gembirakanmu....
akan ku tebus kesilapanku....
akan ku kikis salutan yang menutup pintu hatiku selama ini...
akan ku campak bisikan syaitan yang ingin menggoda anakmu ini...
semuanya untukmu ibu.....
layakkah aku menjadi anakmu dengan cara ini...???
sudikah kau memaafkan anakmu ini...???
ibu...........

Thursday, October 1, 2009

ingatan menggamit rindu....

tbe2 rasa rasa nk kenalkan kat korang semua la plak...
dengan family aku yang dah lama aku tak jumpa...

ermmmmm...

nk kata lama sangat xjmpa tu xde la lama sangat,tapi setahun gak la xbertemu...
aku balik bercuti ritu ada la dalam 3 bulan lebih pas2 datang merantau bulan 10 plak kalau xsilap aku 26 oktober 2008 kot tarikh aku mula berjauhan dengan family aku wat kali ke-2 and then skrg dh 2 oktober 2009 hampir setahun dah kan2???....
sob2...sedih giler

tapi xpe perpisahan ni bukan untuk selama2nya...
perpisahan untuk sementara waktu aje...hingga aku selesai kuliah insyaallah...
yang penting aku mesti kuat kat sni...biar ribut taufan or tsunami aku akan statik kat sni
tak akan berganjak walau selangkah selagi hadafku selama ini belum terlaksana...

oitttttt...
pe yg aku dh melebih2 ni....
kang xjadi lak nk kenalkan dgn family aku yg best nie...
hehehehe...

aku letak gambar lama je..xde gambar terbaru kat simpanan aku
ade yg nie je..tp xde la lama sgt cm aku kata tadi hampir setahun...
huhuhuhu....

ok....
firstly mesti la orang yg aku paling sayang kat dunia nie...
jeng2.....
nk tahu spe????




tadaaaaaa.....
ni la ummie and abah aku....
so cute...
romantis x????
mesti la romantis...klu x ank dia xde la romantis jugak...
hik3....

ok second place yg aku sayang....



comel x????
comel kan2???
ni la tok aku....
tokkk...miss u so much
wish u panjang umo and tunggu kepulangan cucumu yg cute nie balik....
hik3....





ni plak adalah aku...

selaku penulis blog nie...
hehehehe...
korang mesti tertanya2 npe la gambar aku muncul pas tok aku kan2...
sebab...aku anak sulung dalam family
kami yg besar...
so semestinya la aku kat atas...

aci kan2...^_^
xperlu la aku kenalkan diri aku ni panjang2 sangat sian lak adik2 aku nnti...
xde space nk letak...huhuhu

ok..
kita teruskan lagi sesi kenalakan diri....

sebelum aku letak gambar seterusnya...
ni cerita tentang adik aku yg kedua...
ermmm....
dia nie...leh la tahan comelnya :P
ayu...lemah lembut...sopan santun(balaqah je nie...huk3)
aisemennnn..kang dia pasan lak huhuhu....
tapi kan dia nie nakal skit...ssh nk dengar kata tapi baik hati...
nampak je cam kuat tapi sebenarnya lembik cam qasidah....
huhuhuhu....

toing..toing...


ni la adik aku tu...
ermmmm...
comey kan2...
huk3...
jangan dia kembang sudah...



this is my fourth sister...
mak aku letak nama yang cantik sangat kat dia...
siti munirah maksudnya perempuan yang bersinar2...(ntah btol x maksud nie he3..)
kawan2 dia pggil lak muni..kadang2 moon comey jer bunyi cam bulan la plak...
single lagi nie...kalau spe2 nk masuk minang terus je dtg jumpa abah aku...
hehehe...interview skit calon menantu...
ishhhh..lpe lak adik aku tu yg pkai tudung hitam bkn yg coklat eh...




okek...
ni adik aku yang ke-4 and ke-5...
yang ke-4 ppuan...
yg ke-5 lelaki...
ni gambar time kitaorg gi terangganu...
ntah pantai ni nma apa..lpa la plak...huhuhu
ok2 aku kenalkan adik aku...
mashitah nama dia...lahir tahun 1992..
ngah nk amik STAM skrg nie...
arap2 dia najah la...
and then yg sorang lg tu...
muhammad solihin...
asalnya tahfiz pas2 tbe2 beralih arah lak...
tp pe2 pun...
menuntut ilmu sampai liang lahad xkira ilmu ukhrawi or duniawi...
sekarang ngah nk exam spm...
kakak doakan adik solihin najah..
wat yg terbaik dlm SPM ye...
igt awk tu abg sulung dlm family kita...

aiiiii...luqman npe mata kuyu pagi2 raya nie???
antok ker???....hehehe
ni adik aku yang ke-6...
pemalu sikit orangnya,kemas,pandai mengemas rumah...
cuma....dia ni manja sikit..xleh berenggang langsung dengan mak abah....
jelous aku dibuatnya..huhuhu
sekarang luqman al-hakim nie...sedang berusaha tuk menjadi hafiz
kakak doakan luqman berjaya menjadi hafiz dan kakak harap impian mak abah tuk melihat salah seorang dari anaknya menjadi hafiz tercapai...
luqman wat yang terbaik ye...
go2 fighting..hehehe^_^



ni plak second last sisiter in my family....
cute kan???...mesti la cute sebab ada iras2 kakak dia...
hehehe...
Rabiatul Adawiyah or manjanye dipanggil Aton...
dh besar panjang sekarang nie....
pejam celik...pejam celik...
dh nk amik UPSR dh tahun nie...
kakak doakan juga wat adik kakak yang sorang nie...
5A dalam UPSR nanti...jawab elok2 ye exam nanti...
masuk dewan and sebelum jawab soalan baca doa dulu tau!!!
binnajah wa taufiq...aminnnnn


...ABU HANIFAH...
anak bongsuuu....of course la manje
adik npe monyok nie???
dh dpt roti canai pun masam lagi...
hurmmm...rindu kak ngah eh????
xpe2...nanti kak ngah datang makan sekali ye...dak ucuk;)
adik jgn malas tau...!!!
rajin2 bca buku...
jangan asyik main je...cubit pipi nanti...^_^


ermmmmm....
akhirnya....Alhamdulillah
selesai juga cerita tentang big family nie...
maaf la ye ada gambar yang x bpe elok al-maklumlah gambar2 nie je ada dalam simpanan...
so guna ape yang ade je la....huhuhu

i miss u so much.....mmmuahhhhh

La Tahzan.....

tajuk ni dah familiar dengan semua orang...tapi saya nk jugak tulis sebab saya rasa tajuk ni walau beribu2 kali ditulis,dicetak,dibukukan and segala2nya la, x kan lapuk di telan zaman,walau berulang zaman atu sekalipun...
hehehehe....

ermmmm...
kenapa La Tahzan????
kerana...

kita sebagai makhluk di planet bumi yg kita sedia maklum dihuni oleh pelbagai hidupan dari sekecil2 zarah hinggalah sebesar2 zat...walau bagaimanapun tidak akan terlepas dari ujian
samaada ujian itu kecik or besar....

walau harta setinggi gunung...walau rumah sebesar istana...
ujian...kesedihan...
tetap ada...

udah2 la...
makin lama makin merapu muqaddimah saya nie...
hehehe...
jgn tertekan ye kalau baca nanti ye...

tbe2 blurr la plak...
nk sambung beku otak...
nnti otak ni dh cair and fresh aku sambung balik la...
nantikan sambungannye ye...hehehe